Sukan Lain

Djokovic kembali berlatih

Oleh AFP

Melbourne: Bintang tenis, Novak Djokovic berlatih di gelanggang Terbuka Australia hari ini dalam misi mencipta rekod 21 kemenangan Grand Slam.

Namun pemain nombor satu dunia berusia 34 tahun itu masih lagi berdepan penahanan oleh kerajaan persekutuan dan dihantar pulang walaupun mahkamah semalam mengetepikan keputusan awal kerajaan yang membatalkan visanya.

Djokovic yang kembali ke gelanggang latihan beberapa jam selepas mahkamah membebaskannnya daripada penahanan imigresen berkata dia kekal fokus untuk mencipta sejarah di Terbuka Australia yang bermula minggu depan.

"Saya tetap fokus mengenainya. Saya datang ke sini untuk beraksi di salah satu kejohanan paling penting dan di hadapan penyokong yang hebat," kata Djokovic dalam Instagram semalam.

Dengan memakai baju-t dan seluar pendek, dia memanaskan badan di gimnasium bersama jurulatih Goran Ivanisevic sebelum menuju ke gelanggang tengah di Melbourne Park.

Disiarkan pada: January 11, 2022 @ 11:05pm
d