Sukan Lain

Juara dunia penyeri Cross Country

Oleh Agensi

London: Juara dunia dari Kenya, Hellen Obiri akan menyertai Cross Country Antarabangsa Ireland Utara di Dundonald pada Sabtu ini.

Penyertaan atlet berusia 32 tahun itu menjadi tarikan terbesar di kejohanan yang bakal berlangsung di Billy Neill Country Park.

Hellen menjuarai Cross Country Dunia ketika acara itu dilangsungkan kali terakhir pada 2019.

Dia turut merangkul emas acara 5,000 meter di dua Kejohanan Dunia terakhir dan meraih perak di Sukan Olimpik Tokyo di belakang bintang Belanda, Sifan Hassan.

Prestasi Hellen di Tokyo mengulangi pencapaiannya yang meraih perak di temasya Rio 2016 dan kali terakhir berlari di UK menyaksikan dia menjuarai Great North Run pada September lalu.

"International Cross Country kerap menarik minat jaguh dunia namun lebih bermakna dengan kehadiran Hellen Obiri ketika dunia masih lagi berdepan ancaman Covid-19," kata jurucakap penganjur, John Allen.

Antara jaguh dunia lain yang pernah menyertai acara di Ireland Utara sejak dianjurkan pada 1977 termasuklah Steve Ovett, John Treacy, Million Wolde, Ismael Kirui, Paula Radcliffe dan Catherina McKiernan.

Disiarkan pada: January 19, 2022 @ 1:12pm
d