Sukan Lain

Laura mahu lebur rekod 23 tahun

Oleh Agensi

London: Pemegang rekod Eropah, Laura Muir berharap dapat mencatat keputusan lebih baik pada acara larian 1000 meter (m) pada kejohanan Jelajah Emas Olahraga Dalam Dewan Dunia di Birmingham bulan depan.

Laura, 28, memenangi pingat perak di Olimpik Tokyo dalam acara 1500m tahun lalu dan mencatat rekod acara Dalam Dewan Eropah bagi 1000m dengan 2:31.93 dekat Midlands pada 2017.

Atlet Mozambique, Maria de Lurdes Mutola adalah pemegang rekod dunia dalam dewan mencatat 2:30.94 di Stockholm pada 1999.

"Saya mengharungi tahun 2021 yang luar biasa," kata Laura yang mewakili Scotland.

"Saya ingin mencuba dan melakukan lebih baik seterusnya mencipta rekod dalam dewan dunia. Ia bukan perkara yang mudah untuk melakukannya kerana ia masih kekal sejak 1999.

"Namun keadaan balapan semakin baik dan peminat di Birmingham sangat hebat, jadi saya harap dapat berlari dengan catatan yang lebih hampir."

Disiarkan pada: January 20, 2022 @ 12:58pm
d