Sukan Lain

Nadal mara, Zverev kecundang

Oleh AFP

Melbourne: Rafael Nadal terselamat dalam aksi epik tiebreak selama 28 minit untuk menempah tempat ke suku akhir Terbuka Australia.

Nadal selepas ini akan berdepan pilihan ke-14 dari Kanada, Denis Shapovalov yang menyingkirkan pilihan ketiga dan juga juara Olimpik, Alexander Zverev.

Nadal yang memburu rekod Grand Slam ke-21, diberi tentangan sengit oleh Adrian Mannarino dalam aksi set pertama selama 81 minit sebelum mengetepikan wakil Perancis itu dengan kemenangan 7-6 (16/14), 6-2, 6-2.

"Set pertama sangat beremosi. Aksi yang gila itu sangat penting," kata pemain berusia 35 tahun itu yang juga juara Terbuka Australia 2009.

Shapovalov yang sebelum ini dijangkiti Covid dan tidak pasti sama ada ingin beraksi di Melbourne, berjaya membuatkan Zverev tercari-cari kejuaraan sulung Grand Slam selepas menang 6-3, 7-6 (7-5), 6-3.

Disiarkan pada: January 23, 2022 @ 10:44pm
d