Sukan Lain

Danielle jumpa Alize di suku akhir

Oleh AFP

Melbourne: Pemain Amerika Syarikat, Danielle Collins berpeluang mengulangi pencapaian hebat 2019 di Melbourne Park selepas menewaskan Elise Mertens untuk mara ke suku akhir Terbuka Australia sebentar tadi.

Pilihan ke-27 itu mengatasi cabaran Elise yang juga pilihan ke-19 itu, 4-6, 6-4, 6-4 dalam masa 2 jam 51 minit di Rod Laver Arena.

Kemenangan itu membolehkan dia menentang pemain veteran Perancis, Alize Cornet yang mengejutkan juara dua kali Grand Slam dari Romania, Simona Halep 6-4, 3-6, 6-4 untuk merebut tempat ke separuh akhir.

"Perlawanan ini sangat sukar bagi saya. Saya beraksi dalam tempoh lama, jadi saya terpaksa melakukan beberapa perubahan teknikal bagi membolehkan saya bergerak dengan lebih lancar," kata Danielle. "Ia cabaran besar."

Dia muncul pemain ketiga Amerika Syariakt yang mara ke peringkat lapan terakhir dengan Madison Keys dan Jessica Pegula turut melayakkan diri.

Danielle mara ke separuh akhir Terbuka Australia tiga tahun lalu namun gagal mengulanginya sejak itu.

Disiarkan pada: January 24, 2022 @ 12:11pm
d