Sukan Lain

Naomi atlet wanita terkaya dunia

Oleh Agensi

London: Naomi Osaka tidak begitu bernasib baik ketika beraksi di gelanggang sejak kebelakangan ini namun sensasi tenis Jepun itu pastinya lega selepas dia muncul antara penerima pendapatan tertinggi dan atlet wanita terkaya di dunia bagi tahun 2021 menurut ranking Forbes.

Naomi menerima AS$57.3 juta (RM240j), dengan AS$2.3j (RM9.6j) daripada adalah hadiah kemenangan manakala selebih pendapatannya adalah berpunca daripada hasil penajaan.

Di tempat kedua adalah Serena Williams, dengan AS$45.9j (RM192j) mengatasi kakaknya, Venus dengan AS$11.3j (RM47.3j) ketiga.

Ia diikuti tempat keempat bintang gimnastik Amerika Syarikat, Simone Biles, sebanyak AS$10.1j (RM42.3j) hampir semua diperoleh daripada penajaan.

Seorang lagi pemain tenis, Garbine Muguruza, di tempat kelima menerima AS$8.8j (RM36.8j) mengatasi pemain golf, Jin Young Ko, keenam dengan AS$7.5j (RM31.4j).

Ratu tenis Australia, Ashleigh Barty AS$6.9j (RM28.9j) di depan sensasi golf Amerika Syarikat, Nelly Korda yang memenangi pingat emas kejohanan individu di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan AS$5.9j (RM24.7j).

Bintang bola keranjang Amerika Syarikat, Candace Parker, kakak kepada bekas juara NBA, Anthony Parker melengkapkan senarai 10 teratas dengan AS$5.7j (RM23.8j).

Disiarkan pada: February 13, 2022 @ 11:38am
d