Sukan Lain

Pilihan utama 'tumbang' di Dubai

Oleh AFP

Dubai: Aryna Sabalenka dan Barbora Krejcikova adalah dua pemain pilihan utama yang tumpas di pusingan kedua pada Kejohanan WTA Dubai, awal pagi ini, ketika juara bertahan, Garbine Muguruza juga tersingkir dalam beberapa keputusan mengejutkan pertandingan itu.

Pemain nombor dua dunia dari Belarus, Aryna tewas 6-4, 6-4 kepada bekas juara Dubai, Petra Kvitova.

Juara Terbuka Perancis Barbora pula tewas 6-3, 7-6 (7/3) di tangan pemain kelayakan Dayana Yastremska dari Ukraine.

Pemain Rusia, Veronika Kudermetova mara ke suku akhir selepas menewaskan pilihan keempat Garbine 3-6, 6-4, 6-4, manakala pemain Latvia, Jelena Ostapenko menyingkirkan pilihan keenam, Iga Swiatek 4-6, 6-1, 7-6 (7/4).

Impian pemain pilihan ke-10, Elina Svitolina untuk merangkul kejuaraan ketiga di Dubai juga tidak kesampaian dengan kekalahan ke atas pemain Switzerland, Jil Teichmann, 7-6 (7/0), 6-2.

Petra juara Dubai pada 2013 mengambil masa 85 minit untuk melengkapkan kemenangan ketiga dalam lima pertemuan berdepan Aryna.

Ranking juara dua kali Wimbledon itu menurun ke tangga 25 namun pemain berusia 31 tahun itu mara ke suku akhir pertamanya musim ini.

Disiarkan pada: February 17, 2022 @ 9:27am
d