Sukan Lain

Kecederaan batas aksi Emma di Mexico

Oleh Agensi

Guadalajara: Emma Raducanu terpaksa menamatkan saingan lebih awal pada pusingan pembukaan di Terbuka Guadalajara kerana mengalami kecederaan pinggang dalam aksi pertama kompetitif sejak Terbuka Australia.

Saingan sudah berlangsung kira-kira tiga jam 36 minit, menjadi ia antara aksi terpanjang musim WTA setakat ini.

Pemain Australia, Daria Saville mendahului juara Terbuka Amerika Syarikat itu 5-7 7-6 (7-4) 4-3 apabila sensasi Britain itu terpaksa mendapatkan rawatan berikutan kecederaan yang dialami.

Emma hanya menangi satu daripada tiga perlawanannya musim ini.

Disiarkan pada: February 23, 2022 @ 10:39pm
d