Sukan Lain

Zverev berdepan hukuman berat

Oleh Agensi

Paris: Pemain nombor tiga dunia Alexander Zverev berdepan penggantungan lapan minggu daripada terbabit dalam sukan tenis selepas tindakan yang membawa kepada penyingkiran di Terbuka Mexico.

Pada Februari lalu, juara Olimpik berkenaan didenda £31,000 (RM170,000) dan lebur semua wang hadiahnya kerana memukul kerusi pengadil di Acapulco.

Zverev didapati bersalah kerana tindakan melampaunya itu selepas siasatan dijalankan pihak ATP.

Sensasi Jerman berusia 24 tahun itu akan digantung dan berdepan hukuman lebih berat jika dia didapati melakukan kesalahan sama dalam tempoh 12 bulan.

Ia termasuk pertimbangan kerana tidak mempunyai semangat kesukanan selain bertindak melakukan penderaan fizikal atau secara lisan kepada mana-mana individu dalam kejohanan.

Hukuman paling besar dalam tenis lelaki adalah penggantungan 16 minggu yang dikenakan kepada pemain Australia, Nick Kyrgios pada 2019 kerana bertindak memaki hamun dan merosakkan kerusi pengadil selain mengetuk dua raket tenis.

Zverev mempunyai tempoh sehingga 11 Mac ini untuk membuat rayuan mengenai hukuman itu.

Disiarkan pada: March 8, 2022 @ 10:51pm
d