Sukan Lain

Nadal jadi buruan di Indian Wells

Oleh Reuters

Indian Wells: Rafael Nadal yang berada pada prestasi terbaik adalah pemain yang harus ditumpaskan apabila saingan Indian Wells bermula minggu ini.

Aksi Nadal terpaksa dipendekkan tahun lalu selepas dia mengalami kecederaan kaki namun pemain kelahiran Sepanyol itu kembali mengganas sebaik tirai 2022 dibuka dengan meraih gelaran Terbuka Australia untuk mencipta rekod meraih Grand Slam kali ke-21.

Dia kemudiannya meneruskan kecemerlangan dengan meraih kejuaraan kali keempat di Terbuka Mexico bulan lalu dan tidak pernah tumpas dalam 15 perlawanan musim ini.

"Rafa Nadal sekarang ini berusia 35 tahun dan dia tidak pernah memulakan musim seperti ini.

"Dia adalah pemain yang perlu ditumbangkan di sini, tidak perlu disangkalkan lagi. Dia juga seronok beraksi di sini," kata pengarah kejohanan dan bekas pemain, Tommy Haas.

Sebagai bonus ketika berada di pada pasir California Selatan, Nadal akan tinggal di kediaman rasmi pemilik kejohanan, Larry Ellison di Porcupine Creek Golf Club.

"Dia boleh bermain golf 18 hingga ke 36 lubang setiap hari jika dia mahu. Dia suka berada di sana dan mahu berada selama mungkin yang dia mahukan," kata Haas.

Disiarkan pada: March 9, 2022 @ 12:21pm
d