Sukan Lain

Tyson tuntut RM4.2 bilion jumpa YouTuber

Oleh Agensi

London: Mike Tyson berkata ia akan menelan belanja AS$1 bilion (RM4.2 bilion) untuknya melawan Jake Paul.

Legenda tinju itu pada November 2020 keluar dari persaraan apabila bertemu rakan legenda petinju, Roy Jones Jr pada perlawanan pertunjukan sebanyak lapan pusingan.

Sementara itu, YouTuber, Jake Paul menewaskan bekas bintang NBA, Nate Robinson dan menjalin persahabatan dengan Tyson.

Tetapi kedua-duanya pada tahun ini dikatakan akan mengadakan perbincangan untuk pertarungan yang menawarkan wang lumayan dekat Las Vegas.

Tyson mendakwa tidak tahu mengenai perbincangan itu dan mengakui dia akan menuntut bayaran yang tinggi bagi membolehkannya kembali ke gelanggang.

Di tanya mengenai perlawanan dengan Paul ketika ditemuramah, Tyson berkata: "Tiada sesiapa memberitahu saya.

"Saya ada bertemunya tidak lama dulu tetapi dia tidak ada memberitahu saya perkara ini. Saya juga tidak pernah mendengarnya daripada mana-mana pihak. Saya hanya mengetahui perkara ini daripada anda.

Tyson kemudian ditanya berapa jumlah wang yang dimahukan untuk kembali ke gelanggang dan dia secara bersahaja berkata: "AS$1 bilion."

Disiarkan pada: March 21, 2022 @ 9:26pm
d