Sukan Lain

Pasukan Boling NSTP juara NPC

Oleh Asrizal Aris

Subang Jaya: Pemain pasukan NSTP MyQaseh memperagakan aksi mantap apabila muncul juara Pertandingan Boling NPC-Qi Inter Media Bowling Championship 2022 yang berlangsung di Sunway Megalanes, di sini, hari ini.

Pasukan NSTP MyQaseh diwakili Pengarang Berita NST Ahmad Najmuddin Ahmad Najib, Pengarang Berita Harian Metro Mohd Jamilul Anbia, wartawan Asrizal Aris dan Sharifah Omar.

Pertandingan itu disertai sebanyak 19 pasukan mewakili pelbagai agensi media tempatan termasuk Media Penang Press Club, Sabah Journalist Association dan Asia News Today.

NSTP MyQaseh berjaya mengutip 2,679 mata menewaskan pasukan Bernama Outlaws (2649) dan Buletin Utama TV3 (2568) yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Setiap pemenang membawa pulang trofi, wang tunai, hamper serta cenderahati.

Pertandingan itu mendapat tajaan daripada QI Group Malaysia, Nestle Milo, Swiss Garden Hotel, Breast Cancer Welfare Association, Hexa Communications dan Telum Media.

Presiden NPC Datuk Ahirudin Attan berkata, pihaknya dalam perancangan untuk mengadakan program kesukanan lain seperti bola sepak dan dart di masa akan datang membabitkan pengamal media.

"Apa yang kita cuba lakukan ialah mengajak pengamal media di negara ini bersama-sama berkumpul melalui acara sukan untuk menjalinkan hubungan lebih erat pada masa akan datang," katanya.

Disiarkan pada: May 14, 2022 @ 10:59pm
d