Sukan Lain

Iga juara Terbuka Perancis

Oleh AFP

Paris: Iga Swiatek muncul juara Terbuka Perancis kali kedua selepas menewaskan pemain remaja Amerika Syarikat, Coco Gauff dalam aksi final sebentar tadi sekali gus kemenangan ke-35 berturut-turut buat pemain nombor satu dunia itu.

Pemain Poland berusia 21 tahun itu menang 6-1, 6-3 dalam masa hanya 68 minit di gelanggang Philippe Chatrier dan menyamai rekod milik Venus Williams untuk kemenangan terpanjang oleh pemain wanita pada abad ke-21.

Grand Slam kedua Iga itu juga adalah gelaran keenamnya tahun ini.

Disiarkan pada: June 4, 2022 @ 11:06pm
d