Sukan Lain

Murray berperang dengan masa

Oleh AFP

London: Andy Murray perlu berlumba dengan masa untuk kembali cergas menjelang aksi Wimbeldon minggu depan tetapi percaya dia kini berada di kedudukan lebih baik berbanding kejuaraan tahun lalu.

Juara tiga kali Grand Slam itu terpaksa menarik diri di Kejohanan Queens minggu lalu kerana kecederaan perut yang dialaminya selepas tewas pada perlawanan akhir ATP Stuttgart ATP kepada Matteo Berrettini.

"Yang positifnya saya dapat berlatih namun ada sesetengah pukulan saya tidak dapat melakukannya jadi ia mengganggu persiapan saya. Kecederaan itu semakin pulih tetapi masih belum sempurna," kata pemenang dua kali Wimbledon.

"Saya sudah berlatih sejak tiga atau empat hari lalu dan ia semakin baik. Tapi malangnya dalam pertandingan, anda tidak boleh memilih untuk membuat pukulan tertentu.

"Untuk beberapa hari akan datang ini, saya harap dapat peluang untuk melakukan pukulan itu dan mudah-mudahan ia akan baik-baik saja."

Murray berjaya mara ke pusingan ketiga di Wimbledon tahun lalu biarpun mengalami kecederaan.

Disiarkan pada: June 21, 2022 @ 12:55pm
d