Sukan Lain

Shelly Ann masih belum berkarat

Oleh AFP

Chorzow: Bintang pecut Jamaica, Shelly Ann Fraser Pryce, mencatat masa 10.66 saat (s) catatan terpantas untuk tahun ini bagi memenangi saingan 100 meter (m) wanita di Liga Berlian Silesia di Poland.

Dinobatkan sebagai juara dunia 100m buat kali kelima bulan lalu di Eugene, Oregon, Shelly Ann menamatkan saingan mengatasi Aleia Hobbs dari Amerika Syarikat (10.94s) dan Marie-Josee Ta Lou dari Ivory Coast (11.00s) di Chorzow.

"Saya selalu menyertai perlumbaan dengan mengharapkan untuk berlari pantas! Tahun lepas saya mencatat rekod di sini.

"Tahun lalu saya merasakan banyak tekanan terhadap saya dan tahun ini saya memutuskan untuk berseronok sahaja. Ia adalah menakjubkan untuk konsisten. Saya sentiasa teruja untuk bersaing dan melihat apa yang boleh saya lakukan," kata Shelly Ann.

Ia adalah kemenangan keduanya Liga Berlian musim ini melebihi selepas kejayaan di Paris.

Pelari berusia 35 tahun itu ketinggalan 0.06 saat dari catatan peribadi terbaiknya pada Ogos lalu di Lausanne.

Shelly Ann meraih pingat emas dengan catatan 10.67s di kejohanan dunia baru-baru ini, selepas mengatasi Shericka Jackson dan juara Olimpik, Elaine Thompson Herah sekali gus membolehkan Jamaica menyapu bersih kedudukan podium.

Disiarkan pada: August 7, 2022 @ 10:42am
d