Sukan Lain

Pemain tenis Poland nafi ambil dadah

Oleh AFP

Paris: Pemain nombor 77 dunia dari Poland, Kamil Majchrzak berkata dia gagal dalam ujian dadah dan menyifatkan ia sebagai 'kejutan terbesar'.

Pemain berusia 26 tahun itu menjelaskan dia diuji positif 'ketika ujian anti-doping sekitar Oktober dan November."

"Saya tidak pernah mengambil apa-apa bahan terlarang secara sedar," tulisnya di media sosial.

"Ia adalah kejutan terbesar. Saya memulakan perjuangan paling sukar dalam hidup saya. Perjuangan untuk membuktikan saya tidak bersalah.

Majchrzak, mencapai ranking tertinggi dalam kariernya dengan menduduki ranking ke-75 pada Februari apabila mara ke separuh akhir di Pune, India tahun ini dengan melangkah ke suku akhir di Geneva dan Sofia.

Aksi terbaiknya di Grand Slams pada 2019 apabila mara ke pusingan ketiga Terbuka AS selepas melepasi pusingan kelayakan.

Disiarkan pada: December 9, 2022 @ 12:58pm
d