Sukan Lain

Jessica, Coco bermula baik di Terbuka Australia

Oleh AFP

Melbourne: Jessica Pegula dan Coco Gauff melaungkan amaran awal di Terbuka Australia dengan kemenangan straight-set ketika Rafael Nadal bersiap untuk kembali mempertahankan Grand Slam terbesarnya.

Pilihan ketiga Jessica melepasi pemain Romania yang berada di ranking-161, Jaqueline Cristian 6-0, 6-1 dalam pertarungan selama 59 minit.

Manakala rakan senegara Coco yang juga pilihan ketujuh turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Katerina Siniakova dari Republik Czech 6-1, 6-4.

Jessica yang dalam usaha untuk meraih gelaran Grand Slam pertama tahun ini berada dalam keadaan terbaik selepas memenangi kejuaraan WTA ketiganya di Auckland Classic bulan ini manakala Coco dirangsang dengan kemenangan terbaik mengecewakan pemain nombor satu dunia Swiatek di Piala United.

"Saya berbesar hati kerana kejohanan ini memutuskan untuk memilih saya dan Katerina untuk membuka perlawanan di Rod Laver Arena," kata Coco.

Jessica akan berdepan pertemuan sengit di pusingan kedua menentang bekas juara Terbuka AS Emma Raducanu yang menewaskan pemain Jerman, Tamara Korpatsch, 6-3, 6-2, 10 hari selepas bintang Britain itu menangis ketika terpaksa menamatkan cabaran di Auckland kerana kecederaan buku lali.

Disiarkan pada: January 16, 2023 @ 11:29am
d