Sukan Lain

Betul ke Djokovic cedera?

Oleh AFP

Melbourne: Pemulihan Novak Djokovic yang kelihatan luar biasa di Terbuka Australia mendorong perdebatan dan menimbulkan persoalan, pemain itu cedera atau tidak.

Pemain Serbia berusia 35 tahun itu bergelut dengan kecederaan hamstring kaki kiri sebelum memulakan aksi Grand Slam minggu lalu tatkala dia sedang mengejar untuk menyamai rekod 22 kejuaraan utama yang diraih Rafael Nadal.

Dia yang diletakkan sebagai calon terbaik untuk juara mendapatkan rawatan ketika perlawanan berkenaan, selain memakai pita pemulihan kecederaan dan berkata beberapa hari lalu tidak mampu meneruskan latihan.

Ia kelihatan kecederaan berkenaan dapat sembuh dengan cepat.

Semalam dia masih lagi memakai pita pemulihan kecederaan tetapi bekas pemain nombor satu dunia itu bergerak bebas untuk menewaskan wakil tuan rumah Alex de Minaur 6-2, 6-1, 6-2 dan ke peringkat suku akhir.

Dia berkata selepas itu bahawa kecederaan hamstring yang dialaminya bertambah baik sehingga 'tidak berasa sakit'.

Dia mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatannya dan berkata dia menggunakan ubat tahan sakit, sesuatu yang dia tidak suka lakukan.

"Sejujurnya memang meletihkan untuk terbabit dalam banyak rawatan dan mesin dan perkara yang berbeza yang kami lakukan," katanya.

Disiarkan pada: January 24, 2023 @ 9:18pm
d