Sukan Lain

Joshua sahkan pertarungan menentang Usyk

Oleh Reuters

London: Bekas juara heavyweight dunia sebanyak dua kali, Anthony Joshua akan kembali ke gelanggangnya di London pada 1 April menentang pertinju dari Amerika, Jermaine Franklin.

Perkara itu disahkan oleh promoter Matchroom dan DAZN semalam.

Pertarungan di Arena 02 akan menjadi kali pertama selepas hampir tujuh tahun Joshua, 33, bertarung tanpa gelaran dunia dipertaruhkan.

Pertinju Britain itu tidak bertarung sejak mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada juara WBA, WBO, IBF dan IBO Ukraine Oleksandr Usyk dalam perlawanan timbal balik di Arab Saudi Ogos lalu.

"Secara mental dan fizikal saya rasa bersedia," kata Joshua, yang melantik jurulatih baharu dalam Derrick James sebagai persediaan untuk menentang lawan berusia 29 tahun.

Franklin yang mempunyai rekod 21-1 dengan 14 kalah mati dan kekalahan pertamanya dengan mata kepada Dillian Whyte dari Britain di Wembley Arena November lalu, berkata "Joshua mempunyai masanya."

Disiarkan pada: February 7, 2023 @ 9:28am
d