Sukan Lain

Ayez Shaukat dapat tajaan

Oleh Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Jaguh gusti negara Ayez Shaukat Fonseka mampu tersenyum lebar selepas ini apabila menerima tajaan daripada syarikat swasta iaitu Noah X untuk meneruskan kerjayanya hingga ke peringkat lebih tinggi.

Hal ini bemakna Ayez Shaukat yang juga terkenal sebagai penggusti bertanjak tidak lagi berhadapan masalah untuk menyertai kejohanan di seluruh dunia apabila akan menerima manfaat gaji bulanan termasuk tempat latihan dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun.

Ayez Shaukat yang juga salah seorang pengusti APAC Wrestling berkata, penajaan yang disalurkan itu menjadi membakar semangat buatnya untuk lebih banyak mencipta nama di persada dunia. "Selepas mendapat penajaan ini saya akan lebih yakin sebab saya ada sokongan, cuma sekrang saya perlu fokus untuk menjadi terbaik.

"Kita akan buat siaran langsung setiap bulan, Noah X akan beri kita satu studio untuk buat pertunjukkan sekali gus harap kemahiran ahli gusti turut dapat dipertingkatkan," katanya, pada sidang media sesi menandatangani MoU diantara Noah x dan APAC Wrestling di sini, hari ini.

Mengikut rekod, Ayez Shaukat sebelum ini pernah tular selepas muncul dalam rancangan televisyen gusti profesional Amerika Syarikat 'Reality of Wrestling' dengan memakai tengkolok dan songket.

Malah, Shaukat giat mempromosikan gusti profesional sejak 9 tahun lalu iaitu impiannya mahu menjadikan gusti profesional sebagai hiburan arus perdana dan mesra keluarga di negara ini.

Sementara itu,Pengarah Pembangunan Peniagaan Alchemist Code Sdn Bhd Ong Wei Chen berkata menerusi perjanjian penajaan itu menyaksikan Noah X bakal menyokong APAC Wrestling termasuk memberi gaji, menyediakan pusat latihan selain menaja pasukan itu untuk membuat penampilan di dalam dan luar negara.

"Gusti negara berdepan pelbagai cabaran terutamanya dari segi kewangan membuatkan perjalanan ahli gusti Malaysia semakin sukar. Noah X tidak sekadar mengembangkan menerusi platform digital ke peringkat global, kerjasama ini juga para penggusti di Malaysia akan menerima gaji bulanan.

"Semua perbelanjaaan ke luar negara akan di tanggung sepenuhnya," katanya.

Disiarkan pada: March 24, 2023 @ 5:43pm
d