Sukan Lain

Pasukan lumba bot tradisional menang pingat selepas 30 tahun

Oleh Syazwan Msar

Phnom Penh: Pasukan negara menamatkan penantian 30 tahun untuk merangkul pingat dalam sukan lumba bot tradisional apabila memenangi perak dalam acara 250 meter (m) 12 kru terbuka yang berlangsung di bandar Kampot, sebentar tadi.

Gabungan mantap hasil daripada pemenang pingat di temasya Sukan Malaysia (Sukma) Kuala Lumpur tahun lalu ternyata membuahkan hasil apabila mereka memenangi perak dengan catatan masa 2 minit 09.54 saat (s).

Pingat emas menjadi milik juara bertahan Thailand (2:03.76) manakala Kemboja pula membawa pulang gangsa (2:10:12).

Sementara itu, aksi cemerlang turut ditampilkan wakil Malaysia dalam acara 250m tiga kru (U24) wanita apabila mereka turut membawa pulang gangsa untuk negara.

Malaysia mengakhiri saingan di tempat ketiga menerusi catatan masa 4 minit 26.02s manakala emas milik Vietnam (2:49.56s) dan perak pula dimenangi peserta tuan rumah (2:49.63s)

Sementara itu, Presiden Kanu Malaysia Michael Wong berkata, kali terakhir Malaysia memenangi pingat adalah pada temasya Sukan Sea 1993 di Singapura apabila membawa pulang gangsa dalam sukan bot tradisional.

"Kejayaan ini adalah kesinambungan daripada atlit di Sukma lalu yang terdiri daripada atlet Johor dan Wilayah Persekutuan digabungkan selepas temasya itu.

"Tindakan terbabit ternyata berhasil apabila wakil negara mampu bersaing dengan juara dunia seperti Indonesia dan Thailand," katanya.

Disiarkan pada: May 13, 2023 @ 11:02pm
d