Sukan Lain

Cavendish bersara akhir musim

Oleh AFP

Paris: Mark Cavendish berkata, dia akan bersara pada penghujung musim, selepas menjadi salah seorang pelumba pecut terhebat sepanjang zaman.

Pelumba Britain itu, yang berjaya muncul juara sebanyak 34 peringkat di Tour de France menyamai legenda Belgium, Eddy Merckx, mempunyai satu lagi peluang terakhir menambah rekod kemenangan Julai ini apabila dia beraksi buat kali terakhir dalam perlumbaan berkenaan.

Dia yang berusia 38 tahun dan dikenali sebagai 'Manx Missile', membuat pengumuman itu bersama isteri dan anak-anaknya pada sidang akhbar di Coccaglio ketika saingan Giro d'Italia berehat.

"Saya benar-benar menghayati di setiap kilometer dalam perlumbaan ini, jadi saya rasa ini masa yang sesuai untuk mengatakan ia adalah Giro d'Italia terakhir saya dan 2023 akan menjadi musim terakhir saya sebagai pelumba basikal profesional," kata Cavendish.

"Berbasikal adalah kehidupan saya selama lebih 25 tahun. Ia memberi saya peluang untuk melihat dunia dan bertemu dengan orang yang luar biasa, ramai daripada mereka yang saya bangga kini disapa sebagai kawan.

"Saya suka sukan ini lebih daripada yang anda boleh bayangkan dan saya tidak dapat melihat diri saya pergi terlalu jauh daripadanya, itu sudah pasti."

Disiarkan pada: May 22, 2023 @ 9:43pm
d