Sukan Lain

Simona berang perbicaraannya ditangguhkan buat kali ketiga

Oleh AFP

Paris: Bekas pemain tenis nombor satu dunia, Simona Halep berkata perbicaraan dopingnya yang dijadualkan hujung minggu ini ditangguhkan buat kali ketiga oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa.

Atlet dari Romania itu digantung sementara sejak Oktober lalu selepas positif menggunakan bahan terlarang roxadustat.

Simona didakwa dengan pelanggaran anti-doping kedua yang berasingan minggu lalu "berkaitan dengan penipuan dalam pasport biologi atletnya".

Simona sebelum ini tidak berpuas hati dengan ITF yang membatalkan perbicaraannya pada Februari dan Mac lalu.

"Sekali lagi, malam ini hati saya kecewa," katanya dalam satu hantaran miliknya di media sosial.

"Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (ITIA) sekali lagi dan kali ini sudah kali ketiga menangguhkan perbicaraan saya.

"Saya memohon untuk perbicaraan saya dicepatkan kerana ini hak saya sebab dalam peraturan anti-doping turut menyatakannya dan ini termaktub dalam peraturan," katanya.

Atlet berusia 31 tahun itu menyatakan pakar percaya dia secara tidak sengaja mengambil makanan tambahan yang tercemar dengan bahan terlarang.

Disiarkan pada: May 25, 2023 @ 11:06am
d