Sukan Lain

Tejenov atlet kelima gagal ujian doping di Hangzhou

Oleh Reuters

Hangzhou: Berita kurang baik buat kontinjen Turkmenistan selepas pemenang pingat perak kategori +90 kilogram (kg) lelaki kurash, Tejen Tejenov, diuji positif untuk bahan terlarang dan digantung sementara, kata Agensi Pengujian Antarabangsa (ITA).

Tejenov pemenang pingat pertama dan atlet kelima di Sukan Hangzhou yang dilaporkan oleh ITA gagal dalam ujian dadah.

Atlet berusia 30 tahun itu adalah bekas judoka dan ahli gusti yang menduduki tempat ketujuh dalam sukan judo pada Sukan Asia Jakarta 2018.

Sampel ujian Tejenov diambil pada 30 September semasa pertandingan akhir +90kg lelaki kurash.

"Atlet itu dimaklumkan mengenai kes berkenaan dan digantung sementara berkuat kuasa serta-merta," kata ITA, yang mengendalikan beberapa bidang kawalan doping di Hangzhou.

"Dia mempunyai hak untuk meminta analisis sampel B."

Keputusan doping biasanya mengambil masa beberapa hari untuk dicapai jika ia positif.

Disiarkan pada: October 6, 2023 @ 11:02am
d