Sukan Lain

England pasukan ketiga terbaik Piala Dunia Ragbi

Oleh AFP

Paris: Kapten Owen Farrell menyumbangkan 16 mata untuk England ketika mereka menewaskan Argentina 26-23 seterusnya membawa pasukan itu muncul pasukan ketiga terbaik di Piala Dunia Ragbi.

Sumbangan Farrell itu membantu pemenang 2003 England, menduduki tempat ketiga dalam kejohanan itu buat kali pertama.

Penyandang juara Afrika Selatan akan berdepan New Zealand pada perlawanan akhir esok dengan kedua-dua pasukan mengintai kejuaraan keempat.

Dengan hanya perbezaan tiga mata, Argentina gagal melakukan try penting untuk mengulangi pencapaian terbaik mereka di Piala Dunia pada 2007, apabila penalti Nicolas Sanchez pada minit ke-75 tersasar sekali gus menyaksikan mereka gagal menyamakan kedudukan.

"Saya gembira kerana pemain kami berjaya memenangi perlawanan ini," kata Ben Youngs, pemain scrum England yang akan membuat penampilan terakhirnya di peringkat antarabangsa.

"Kami amat gembira menamatkan perlawanan ini dengan kemenangan. Kami mahu berada di sini malam esok tetapi ia masih satu kemenangan yang bagus malam ini."

Jurulatih Pumas, Michael Cheika membuat tiga penukaran pada kesebelasan utamanya selepas kekalahan teruk pada separuh akhir Jumaat lalu kepada New Zealand.

Ia adalah perlawanan ulangan September lalu membabitkan kedua-dua pasukan di Marseille, yang dimenangi England.

Disiarkan pada: October 28, 2023 @ 10:21am
d