Sukan Lain

Atlet Uganda, Benjamin Kiplagat ditemui mati di Kenya

Oleh AFP

Nairobi: Atlet Uganda, Benjamin Kiplagat ditemui mati di Kenya, kata polis hari ini, manakala laporan media tempatan pula mengatakan dia dibunuh.

Kiplagat, 34, kelahiran Kenya, pernah mewakili Uganda di peringkat antarabangsa dalam acara lari berhalangan 3,000 meter, termasuk di Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia.

Mayatnya ditemui di dalam kereta pada malam Sabtu di pinggir bandar Rift Valley di Eldoret, penempatan kebanyakan atlet.

"Siasatan dilancarkan dan pegawai berada di lapangan untuk mencari petunjuk," kata komander polis tempatan, Stephen Okal kepada pemberita di Eldoret.

Beliau berkata mayat Kiplagat mempunyai kesan pisau yang dalam di lehernya, menunjukkan dia ditikam.

Disiarkan pada: December 31, 2023 @ 9:26pm
d