Sukan Lain

Kawat, TNB 'lepas geram' di gelanggang boling

Oleh Malik Muhamad

Kuala Terengganu: Ahli Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 'lepas geram' di gelanggang boling dalam aksi persahabatan, petang semalam.

Lebih 50 ahli Kawat dan kakitangan TNB hadir memeriahkan perlawanan yang turut dihadiri Pengurus Besar TNB Terengganu, Mohamad Mohyiddin Mohamed Nor dan Presiden Kawat, Ahmad Safri Husnaini Mohamad.

"Aksi persahabatan ini bukan hanya aktiviti riadah, MALAH sebagai jalinan kerjasama strategik dengan TNB.

"Kita mengharapkan kerjasama ini kekal berterusan bagi memastikan kedua-dua agensi ini terus cemerlang dan berdaya saing," kata Ahmad Safri Husnaini.

Sementara itu Mohamad Mohyiddin berkata, kerjasama ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim yang sudah sedia terjalin dengan pengamal media di Terengganu.

Disiarkan pada: March 4, 2024 @ 8:55pm
d