Sukan Lain

Alcaraz teruskan kemaraan di Terbuka Miami

Oleh Reuters

Miami: Juara Indian Wells, Carlos Alcaraz mengekalkan harapannya untuk gelaran Sunshine Double selepas meraih kemenangan 6-3 6-3 ke atas Lorenzo Musetti, awal pagi tadi sekali gus mara ke suku akhir Terbuka Miami buat tahun ketiga berturut-turut.

Pemain Sepanyol itu memerlukan kurang daripada 90 minit untuk menghantar pulang lawannya yang juga pilihan ke-23 dari Itali itu.

"Saya cuba bermain corak permainan saya iaitu melakukan pukulan agresif serta bermain di jaring.

"Saya rasa dapat melakukannya dengan baik dan saya gembira dengan persembahan saya," kata pemain Sepanyol itu.

Alcaraz berkata, ia adalah antara aksi terbaiknya setakat ini selepas bergelut dengan kecederaan buku lali awal musim ini.

"Tidak dinafikan, ini adalah antara aksi terbaik saya.

"Saya berasa hebat di gelanggang, saya bergerak dengan hebat tanpa kecederaan kerana tidak perlu memikirkan lagi mengenai buku lali di atas gelanggang," katanya.

Alcaraz akan menentang pilihan ke-11, Grigor Dimitrov selepas pemain Bulgaria meneruskan aksi cemerlangnya dengan menewaskan pemain Poland, Hubert Hurkacz 3-6 6-3 7-6(3).

Disiarkan pada: March 27, 2024 @ 9:54am
d