Permotoran

Nakagami tewas dengan tekanan

Oleh AFP

Alcaniz, Sepanyol: Pelumba Jepun, Takaaki Nakagami mengakui bahawa dia 'tidak dapat mengatasi tekanan' sehingga menyebabkan dia tidak dapat meneruskan perlumbaan di MotoGP Teruel kerana terbabit dengan kemalangan pada selekoh pertama.

Pelumba berusia 28 tahun itu adalah pelumba pertama Jepun dalam tempoh 16 tahun memulakan perlumbaan di petak utama.

Namun harapannya untuk melakarkan kemenangan pertama berakhir dalam sekelip mata apabila dia terjatuh daripada jenteranya LCR-Honda di selekoh kelima pada pusingan pertama di MotorLand Aragon.

Dia melutut di atas batu kerikil dengan kepalanya tertunduk kerana kecewa sebelum berjalan menuju ke pit.

"Ia bukan satu yang saya jangkakan, menamatkan perlumbaan di kerikil," kata Nakagami.

"Saya sangat kecewa dan memohon maaf kepada pasukan selepas aksi yang terbaik ketika sesi latihan bebas.

"Kami berada di zon terbaik dan saya percaya saya mampu menang tapi saya berasa tekanan terlalu tinggi. Saya cuba untuk menanganinya tapi tidak berjaya mengawalnya.

Aksi perlumbaan semalam diungguli pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli.

Ia gelaran kedua buat pelumba dari Itali itu musim ini selepas turut muncul juara di San Marino, bulan lalu.

Disiarkan pada: October 26, 2020 @ 1:55pm
d