Permotoran

Ferrari nafi pilih kasih

Oleh AFP

Portimao, Portugal: Bos pasukan, Mattia Binotto menolak spekulasi yang bertiup kencang bahawa Ferrari lebih mengutamakan Charles Leclerc berbanding Sebastian Vettel dengan memberi kereta yang lebih laju kepada pelumba muda itu.

Kedua-dua pelumba pasukan itu menamatkan saingan dalam kelompok 10 teratas di Grand Prix Portugal dan Vettel memberitahu Leclerc memandu kereta yang lebih laju.

Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat dan juara empat kali, Vettel di tempat ke-10, keputusan yang melanjutkan pencapaian tanpa kemenangan buat pelumba Jerman daripada rakan sepasukannya sendiri ketika dia bakal menamatkan saingan daripada pasukan Itali itu hujung musim ini.

"Kereta yang digunakan Seb dan Charles adalah sama, tidak diragukan lagi," kata Binotto.

"Saya secara jujur berharap Sebastian akan berada pada kedudukan lebih baik di Imola dan membuktikan kemampuan sebenarnya pada perlumbaan.

"Charles memang bagus tetapi mungkin kamu menjangkakan prestasi yang lebih lagi daripada pelumba kedua."

Komen kritis Binotto disusuli penerangan cukup bersemangat daripada Vettel yang bergelut dengan prestasinya.

"Dari sudut lain, saya sangat berpuas hati kerana memandu dalam perlumbaan yang baik," katanya.

"Saya berdepan waktu sukar pada permulaan, kehilangan tempat dan hampir hilang kereta dua atau tiga kali.

"Sebenarnya selepas itu saya memandu dalam perlumbaan dengan lebih baik.

"Tetapi dari sudut lain, memang jelas kereta satu lagi lebih laju."

Disiarkan pada: October 27, 2020 @ 12:45pm
d