Permotoran

Pencapaian Hamilton cetus inspirasi - Norris

Oleh AFP

Istanbul: Lewis Hamilton harus menerima anugerah cemerlang untuk mengiktiraf kejayaan membanggakannya sebagai pelumba kereta dan memperjuang hak asasi manusia kata rakan senegara dari Britain, Lando Norris.

Norris, pelumba rookie menempuhi musim pertama bersama McLaren, bercakap pada sidang media menjelang Grand Prix Turki bahawa pencapaian juara dunia enam kali itu mampu menjadi inspirasi kepada kanak-kanak.

"Hanya seorang sahaja individu di dunia ini menyamai pencapaiannya - dan ia adalah Michael Schumacher," kata Norris.

"Dia mendahului dalam banyak aspek - di litar, tetapi juga di luar litar.

"Ramai di kalangan atlet yang melakukan perkara yang hampir sama dalam sukan lain diberikan pengiktirafan jadi saya tidak nampak tiada sebab kenapa dia tidak.

"Ia perkara baik buat kanak-kanak yang mahu menceburi perlumbaan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perlumbaan sekali gus mengambil inspirasi daripada kejayaannya"

Disiarkan pada: November 13, 2020 @ 3:09pm
d