Permotoran

Hamilton pelumba hebat - Vettel

Oleh AFP

Istanbul: Sebastian Vettel memuji rakan dan seteru utamanya, Lewis Hamilton sebagai "pelumba terhebat dalam era ini" selepas pelumba Britain itu mengesahkan Kejuaraan Dunia ketujuh di Grand Prix Turki semalam.

Juara dunia empat kali yang juga pemandu Ferrari itu mengakui bahawa perasaannya, masih menganggap Michael Schumacher yang terbaik namun memuji Hamilton kerana berjaya menyamai rekod rakan senegaranya dari Jerman dalam kejuaraan itu.

"Sudah pasti dia adalah antara yang terhebat dalam era kami," kata Vettel, yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di Istanbul dan berjaya meraih podium pertama selepas musim terakhir mengecewakan bersama Ferrari.

"Saya fikir memang sukar untuk membuat pembandingan.

"Bagaimana anda boleh membuat pembandingan (Juan Manuel) Fangio atau Stirling Moss kepada generasi kami? Sudah tentu tidak. Mungkin kami tidak membawa apa-apa makna buat kereta itu!

"Mungkin mereka tidak bermakna bagi kereta kami kerana mereka terlalu pantas. Siapa tahun? Tidak kisahlah. Saya fikir setiap era mempunyai pemandu atau pelumba masing-masing dan Lewis sememangnya yang terhebat dalam era kami."

Vettel, yang memenangi empat kejuaraan dunia antara 2010 dan 2013 bersama Red Bull, berkata sukar untuk menyamakan pencapaian bintang Jerman, Schumacher yang merangkul gelarannya pada 1994, 1995, 2000, 2001, 2002, 2003 dan 2004.

"Pada saya secara emosinya, Michael adalah sentiasa antara pemandu terhebat tetapi tidak diragui Lewis adalah yang terhebat berdasarkan pencapaian dicapai," tambah Vettel.

Disiarkan pada: November 16, 2020 @ 11:57am
d