Permotoran

Oliveira raih petak utama di laman sendiri

Oleh AFP

Portimao: Miguel Oliveira akan memulakan aksi di laman sendiri, Grand Prix (GP) Portugal dari barisan depan selepas mencatat masa terpantas sesi ujian masa sebentar tadi untuk meraih petak utama pertama MotoGP sepanjang kariernya.

Pelumba KTM-Tech3 itu akan menyertai barisan depan bersama Franco Morbidelli dan pelumba Australia, Jack Miller.

"Setiap kali saya berada di litar, saya akan berasa baik dan bertambah baik. Ia sangat istimewa dapat meraih petak utama pertama saya di Portugal," kata juara GP Styria itu.

Perlumbaan Ahad ini yang berlangsung tanpa penonton akibat pandemik Covid-19, membolehkan Morbidelli peluang untuk meraih tempat kedua keseluruhan di belakang juara, Joan Mir.

Disiarkan pada: November 22, 2020 @ 12:14am
d