Permotoran

Grosjean turun litar ucap terima kasih

Oleh AFP

Manama: Romain Grosjean kembali ke paddock Formula Satu (F1) dan menemui dengan orang yang menyelamatkannya empat hari selepas terselamat dalam kemalangan ngeri ketika perlumbaan Ahad lalu di Grand Prix (GP) Bahrain.

Grosjean kelahiran Perancis, yang menyaksikan jenteranya terputus dua dan terbakar apabila terbabit dalam kemalangan di pusingan pertama, bersama isterinya disambut mesra oleh pasukan Amerika Syarikat itu.

Mereka bertemu pemandu kereta perubatan, Alan van der Merwe dan pegawai perubatan sukan, Dr Alan Roberts yang berada di tempat kejadian dan membantu Grosjean keluar dari tempat selamat.

Grosjean tidak akan mengambil bahagian dalam perlumbaan GP Sakhir dan berehat di hotel tatkala isterinya menemaninya selepas dia dibenarkan keluar dari hospital Rabu lalu.

Dia tiba dengan kedua-dua tangannya dan kaki kiri dibalut tatkala suasana penuh emosi disambut rakan sepasukan termasuk jurutera perlumbaan, Dominci Haines.

Grosjean juga berjumpa dengan ahli bomba, Joby Mathew dan Thaer Ali Taher, kedua-dua mereka terbabit dalam operasi menyelamat itu.

Disiarkan pada: December 4, 2020 @ 10:09am
d