Permotoran

Anak Schumacher juara F2

Oleh AFP

Sakhir: Mick Schumacher, anak kepada juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher, memenangi saingan Formula Dua (F2), hari ini.

Di sebalik menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18 pada pusingan terakhir di Litar Antarabangsa Bahrain, dia mempunyai kelebihan 14 mata berbanding pesaing terdekat dari Britain, Callum Ilott yang menamatkan saingan di tempat ke-10.

Jehan Daruvala memenangi perlumbaan sekali gus kemenangan pertamanya di F2 selepas Mick berdepan masalah tayar bocor pada pusingan pertama bersama jentera Prema.

Mick menamatkan saingan musim ini dengan mengumpul 215 mata manakala Ilott 201 mata.

Mick berkata, dia memerlukan masa untuk mempercayai bahawa dirinya sudah memenangi gelaran itu.

"Saya tidak percaya bahawa saya muncul juara. Ia pasti lebih menarik jika kami memperoleh keputusan lebih bagus. Apapun, kami kini sudah juara," katanya.

Disiarkan pada: December 6, 2020 @ 11:32pm
d