Permotoran

Mazepin mohon maaf kerana video tak sopan

Oleh AFP

Abu Dhabi: Pelumba Rusia, Nikita Mazepin, yang akan memandu buat Haas pada Formula Satu (F1) musim depan, memohon maaf selepas satu klip video mendedahkan dia memegang buah dada seorang wanita.

Haas dikritik kerana klip video berdurasi 23 saat itu, yang dirakam oleh penumpang tempat duduk depan ketika kereta sedang bergerak dengan Mazepin dan seorang wanita berada di tempat duduk belakang penumpang.

Klip video itu dimuat naik di akaun Instagram Mazepin.

"Pasukan F1 Haas mengkritik kelakuan Nikita Mazepin dalam video yang dimuat naik baru-baru ini di media sosial," kata Haas.

"Perkara ini sedang diselesaikan secara dalaman dan tidak ada komen lanjut yang akan dibuat pada masa ini. "

Mazepan memohon maaf kerana "tindakan melampaunya itu dan memuatkan naik video berkenaan di media sosial."

"Saya mohon maaf kerana tindakan saya itu dan mengakui kesalahan saya selain menjejaskan nama baik pasukan F1 Haas.

"Saya harus mengawal tingkah laku dan meletakkan tahap pemandu Formula Satu. Saya sedar kesan yang dilakukan kepada diri sendiri dan orang lain. Sekurang-kurangnya saya mempelajari sesuatu daripada perkara ini."

Mazepin, 21, adalah anak kepada jutawan Rusia, Dmitry Mazepin, menandatangani kontrak bersama Haas minggu lalu selepas mengharungi musim cemerlang di Formula Dua.

Disiarkan pada: December 10, 2020 @ 10:32am
d