Permotoran

Verstappen sambar petak pertama

Oleh AFP

Yas Marina: Pemandu Red Bull, Max Verstappen meraih petak pertama buat kali pertama musim ini pada sesi kelayakan pusingan terakhir Grand Prix Abu Dhabi, hari ini.

Bintang Belanda itu mengatasi Valterri Bottas yang meraih petak kedua dan rakan sepasukan pemandu Finland itu di Mercedes, Lewis Hamilton, ketiga yang beraksi kali pertama sejak mengesahkan kejuaraan dunia selepas dijangkiti Covid-19.

Ia adalah petak pertama diraih Verstappen sejak Grand Prix Brazil tahun lalu dan ketiga sepanjang kariernya.

"Saya amat gembira dengan keputusan ini. Ia adalah sesi kelayakan yang sukar tetapi segala-galanya berjalan dengan lancar terutama di pusingan terakhir.

"Ia musim yang panjang untuk semua pihak, jadi ini adalah pencapaian yang bagus untuk pasukan," katanya.

Hamilton pula berkata dia sudah melakukan yang terbaik selepas pulih daripada pandemik Covid-19.

"Secara jujur saya rasa teruja dapat kembali bersama pasukan. Ia minggu yang sukar untuk kembali mendapatkan rentak," katanya.

Disiarkan pada: December 12, 2020 @ 11:07pm
d