Permotoran

Verstappen takluk GP Abu Dhabi

Oleh AFP

Yas Marina: Pemandu Red Bull, Max Verstappen melakar kemenangan kedua musim ini dan ke-10 sepanjang kariernya selepas memenangi pusingan terakhir Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Abu Dhabi.

Pemandu berusia 23 tahun dari Belanda itu mendominasi perlumbaan sejak dari awal sehingga ke garisan penamat.

"Cara yang menarik menamatkan saingan musim ini," kata krew pasukannya menerusi radio pasukan.

"Selepas tahun yang sukar, saya rasa setiap orang kepenatan tetapi ia sangat menakjubkan," balas Verstappen.

Verstappen menamatkan saingan dengan kelebihan 15.976 saat (s) mengatasi pemandu Mercedes, Valterri Bottas serta 18.415s di depan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton yang meraih tempat ketiga.

Hamilton dilihat bergelut untuk memberi impak selepas pulih daripada wabak Covid-19 apabila menerima saingan sengit daripada Alex Albon yang sekadar berpuas hati dengan penamat keempat.

Disiarkan pada: December 13, 2020 @ 11:37pm
d