Permotoran

Tsunoda sertai Red Bull Alpha Tauri

Oleh Agensi

Paris: Pelumba Jepun, Yuki Tsunoda menurunkan tandatangan untuk penampilan pertama di Formula Satu (F1) bersama pasukan Red Bull Alpha Tauri pada 2021.

Tsunoda, 20, yang menamatkan saingan di tempat ketiga pada penampilan pertama musim Formula Dua (F2) tahun ini akan menyertai pelumba Perancis, Pierre Gasly.

Tsunoda adalah sebahagian daripada program junior bagi Red Bull dan rakan kongsi enjin, Honda.

"Pada F2 tahun ini, Tsunoda mempamerkan gabungan tepat perlumbaan yang agresif dan pemahaman teknik yang bagus," kata prinsipal pasukan Alpha Tauri, Franz Tost.

"Saya pasti dia akan menjadi aset bernilai buat pasukan kami."

Disiarkan pada: December 16, 2020 @ 10:43pm
d