Permotoran

Mazepin kekal pemandu F1 Haas 2021

Oleh Agensi

Paris: Pasukan Formula Satu (F1) Haas berkata Nikita Mazepin akan memandu untuk pasukan itu pada 2021 selepas mereka melengkapkan siasatan terhadap salah laku pelumba dari Rusia itu berikutan rakaman video yang dimuat naik di sosial media.

Menerusi video itu, Mazepin didakwa kelihatan memegang buah dada seorang wanita di dalam sebuah kereta.

Pelumba berusia 21 tahun itu memadam video daripada akaun Instagram peribadinya dan memohon maaf di atas tindakan tidak senonoh itu.

Haas kemudian menyifatkan video berkenaan adalah perbuatan jijik tetap memberitahu perkara itu sudah ditangani secara dalaman.

"Pasukan F1 Haas mahu menegaskan bahawa Nikita Mazepin dan Mick Schumacher akan kekal dalam senarai pelumba kami bagi Kejohanan Formula Satu Dunia FIA 2021," menurut Haas dalam satu kenyataan.

"Bagi pasukan ini dalam kenyataan sebelum ini mengenai tindakan kepada Nikita Mazepin (9 Disember) - perkara ini diselesaikan secara dalaman dan tiada kenyataan lanjut harus diberikan."

Mazepin yang menamatkan saingan di tempat kelima Formula Dua musim ini, adalah pelumba pertama dinamakan anggota pasukan Haas bagi musim 2021 dan 2022 pada awal bulan ini.

Disiarkan pada: December 24, 2020 @ 8:04pm
d