Permotoran

Red Bull yakin beri saingan kepada Mercedes

Oleh AFP

Paris: Red Bull memperkenal kereta baharu mereka bagi musim 2021 Formula Satu (F1) hari ini, ketika sebahagian besar penghasilan enjin baharu daripada kerjasama Honda dan berharap dapat merapatkan jurang dengan Mercedes.

Sergio Perez, menggantikan Alex Albon, dan Max Verstappen berada di ruang pemandu RB16B, kereta keempat tahun ini yang diperkenalkan secara virtual.

Bagi musim akhir Honda pengeluar dari Jepun sebagai pembekal enjin memberi Red Bull kesemua unit kuasa baharu dengan permukaan belakang sama seperti bentuk 2020.

Namun di sebalik "bentuk yang hampir sama di bawah jenama RB16B tampil dengan pelbagai perubahan" kata Milton Keynes menerusi laman web rasmi mereka.

"Objektif pasukan adalah untuk meneruskan momentum pada 2020 kepada musim baharu dalam pemburuan kejuaraan," kata pemilik pasukan dari Australia itu.

Disiarkan pada: February 23, 2021 @ 11:40pm
d