Permotoran

GP Portugal ikut jadual

Oleh Agensi

Paris: Formula Satu mengesahkan Grand Prix Portugal akan diadakan pada 2 Mei sebagai perlumbaan ketiga bagi Kejuaraan Dunia 2021.

Pihak berkuasa Portugal akan memutuskan sama ada penonton dibenarkan hadir atau tidak pada minggu akan datang.

Penganjur Grand Prix Azerbaijan dari 4-6 Jun, menyatakan perlumbaan mereka akan dijalankan secara tertutup.

Dalam satu kenyataan acara hujung minggu di Baku "berlangsung begitu cepat untuk penganjuran acara lebih selamat tanpa kehadiran peminat".

F1 merancang untuk menganjurkan musim terpanjang mereka di 23 perlumbaan pada tahun ini.

Presidennya Stefano Domenicali berkata: "Kami sangat yakin dan teruja mengenai musim 2021 kami, dengan mengambil kira aksi tahun lalu sebanyak 17 perlumbaan berjaya dilangsungkan."

Disiarkan pada: March 5, 2021 @ 8:29pm
d