Permotoran

Sainz bermula di petak belakang GP Turki

Oleh Agensi

Istanbul: Pemandu Ferrari, Carlos Sainz akan memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Turki minggu ini di petak belakang selepas dikenakan penalti.

Kereta dipandu Sainz akan dilengkapkan dengan unit kuasa enjin baharu yang dibenarkan pada tahun ini.

Perkara sama berlaku kepada rakan sepasukannya, Charles Leclerc pada perlumbaan terakhir lalu di Rusia.

Prinsipal pasukan, Mattia Binotto tidak akan berada di perlumbaan itu tetapi akan mengikuti perkembangan pasukannya dari pangkalan mereka di Maranello.

Pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1) Lewis Hamilton dijangka berdepan penalti sama berkaitan enjin sebelum penghujung musim ini tetapi belum dapat dipastikan di perlumbaan yang mana.

Pesaing kejuaraan bagi Hamilton, Max Verstappen juga terpaksa bermula di petak belakang dekat Rusia kerana menerima penalti berkenaan.

Disiarkan pada: October 7, 2021 @ 6:34pm
d