Permotoran

Kemenangan suntik motivasi Bottas

Oleh Agensi

Paris: Valtteri Bottas berkata pencapaian baik yang diraih pada perlumbaan Formula Satu (F1) kebelakangan ini dibantu oleh persoalan mengenai masa depan dalam sukan permotoran itu selepas ia berjaya diselesaikan.

Pelumba Finland itu bergelut hampir sepanjang tahun untuk membuktikan kepada bos Mercedes bahawa dia memerlukan perjanjian terbaru bagi 2022.

Bagaimanapun, aksi perlumbaan yang mengecewakan dan persembahan mengagumkan dipamerkan George Russell mendorong kepada Mercedes untuk tidak menyambung kontraknya.

Sekalipun, perpindahan Bottas ke Alfa Romeo sudah terjamin pada musim depan, dan dia berkata untuk memastikan perjanjian itu dapat dicapai ia agak sukar.

Sejak nasib masa depannya diumumkan menjelang Grand Prix Itali, Bottas mencatat masa terpantas dalam kelayakan di Monza dan memenangi perlumbaan pecut, mengumpul mata di Rusia sekalipun menerima penalti kerana isu enjin kenderaan dan mula mendaki poduim serta kejayaan di Turki.

Dalam tiga perlumbaan terakhir dia memperoleh 51 mata keseluruhan, mengatasi Max Verstappen (36) dan Lewis Hamilton (35).

"Sememangnya, saya sentiasa mempunyai keyakinan tetapi ia lebih baik untuk menang dan memberi amaran bahawa saya masih mampu memenangi perlumbaan.

"Tetapi jujur, selepas Monza saya berasa sedikit lega dalam banyak perkara selain berjaya memberi tumpuan hanya kepada pemanduan dan ternyata ia membantu,"

Disiarkan pada: October 19, 2021 @ 3:26pm
d