Permotoran

Rossi beralih ke jentera lasak empat roda

Oleh AFP

Paris: Valentino Rossi yang bersara dari MotoGP pada penghujung musim 2021 akan memandu uji jentera Audi di Sepanyol dengan sasaran untuk bertanding dalam perlumbaan endurance, menurut pasukan WRT hari ini.

"Dari Selasa ke Khamis minggu ini, pasukan Belgium melakukan ujian di litar Ricardo Tormo dekat Valencia bersama Audi Sport," umum pasukan itu.

"Antara mereka yang mengambil bahagian di litar itu hari ini adalah Valentino Rossi, dengan sasaran kemungkinan menjalankan kerjasama lanjut antara juara sembilan kali kejohanan motosikal dunia dan juara berpasukan Eropah di Cabaran GT Dunia."

Pelumba berusia 42 tahun dari Itali itu melakukan penampilan terakhir di MotoGP dekat Valencia pada 14 November lalu.

Dia dijangka memulakan musim 2022 dalam kelas GT3 dan mensasarkan kejuaraan 24 jam Le Mans dalam saingan perdana LMP2 atau kelas Hypercar.

Disiarkan pada: December 10, 2021 @ 8:26am
d