Permotoran

Pelumba Ferrari sama taraf musim 2022

Oleh Agensi

Milan: Charles Leclerc dan Carlos Sainz akan terus berkongsi status di Ferrari pada musim 2022 Formula Satu, menurut prinsipal pasukan Mattia Binotto.

Pencapaian kedua-dua pemandu tidak jauh beza pada 2021 dengan semua arahan hanya untuk kepentingan prospek pasukan ketika mereka bersaing sengit merebut tempat ketiga kategori pengeluar dengan McLaren.

Sainz dan Leclerc hampir setanding sepanjang kempen dengan Sainz menamatkan kedudukan dengan kelebihan hanya lima setengah mata ke atas rakan sepasukannya itu.

Pada awal musim lalu, Binotto berkata barisan pelumbanya yang terbaik di grid F1 selain mengesahkan Ferrari tidak mengamalkan polisi pemandu nombor satu pada 2022.

"Dari segi pemandu, seperti selalu kamu perkatakan, hanya di atas litar akan mengesahkan status itu," kata Binotto.

"Keutamaan kepada pasukan tetapi tidak diragui jika mereka boleh bersaing merebut posisi penting di kejuaraan maka litar yang akan menentukan siapa miliki kelebihan. Kami tidak mempunyai polisi nombor satu atau dua."

Disiarkan pada: January 3, 2022 @ 10:56am
d