Permotoran

Joan Mir calon ganti Marquez

Oleh Agensi

London: Honda dilaporkan terdesak melakukan segala yang termampu untuk mendapatkan juara dunia 2020, Joan Mir pada tahun depan.

Pelumba Sepanyol itu gagal mempertahankan takhta kejuaraan dunia MotoGP musim lalu namun mengambilkira pembangunan jentera Suzuki GSX-RR yang agak perlahan, pencapaian ketiga keseluruhan sudah cukup membanggakan untuknya.

Dengan kecederaan menimpa Marc Marquez pada 2011 kembali berulang yang mungkin menyaksikannya tidak dapat menyertai sesi latihan pra musim, Honda dikatakan sedang berusaha mendapatkan pelumba yang mampu mencapai kejayaan.

Difahamkan persetujuan antara Honda dan Mir dapat dilakukan sebelum berakhirnya musim ini.

"Honda terdesak mahu menandatangani pelumba yang mampu meraih kemenangan dan ia adalah langkah yang tepat.

"Terdapat dua nama iaitu Fabio Quartararo dan Mir, namun Mir dilihat calon paling sesuai.

"Sebaik musim ini bermula, usaha untuk mendapatkan Mir dijangka akan berlaku dan bakal lengkap sepenuhnya," kata sumber.

Disiarkan pada: January 5, 2022 @ 2:52pm
d