Permotoran

Jentera Ferrari F1-75 sandaran musim baharu

Oleh Agensi

Paris: Charles Leclerc berkata Ferrari menaruh harapan tinggi bagi musim baharu tatkala pasukan itu melancarkan kereta 2022, F1-75, semalam.

Prinsipal pasukan, Mattia Binotto berkata Ferrari mengambil pendekatan inovatif selaras dengan syarat revolusi baharu diperkenalkan Formula Satu (F1) musim ini.

"Boleh dikatakan ini adalah langkah berani Ferrari," kata Binotto.

"Kami telah mentafsir peraturan berfikir di luar kotak."

Tambahnya: "Kami berharap ia akan mempertahankan maruah dan mengekalkan tradisi pasukan."

Ferrari melangkah ke tahun 2022 selepas dua musim yang sukar, sekalipun hampir bangkit pada 2020 tetapi musim buruk mereka dalam tempoh 40 tahun adalah menamatkan saingan di tempat ketiga pada musim lalu.

Binotto berkata: "Sejak akhir tahun ini, keputusan tidak memihak kepada pasukan Ferrari. Ia menjadikan pasukan ini lebih kuat. Kereta ini menunjukkan bukti yang lengkap diatas semua usaha kami."

Leclerc berkata: "Harapan begitu tinggi kerana kami adalah Ferrari. Kami dijangka untuk menang setiap masa.

"Apa yang membuatkan saya yakin adalah hasil kerja yang saya lihat beberapa bulan lalu. Sudah agak lama kami tidak melakukannya dan saya dapat lihat bagaimana kami bekerja begitu gigih untuk memperoleh hasilnya."

Disiarkan pada: February 18, 2022 @ 12:14pm
d