Permotoran

Andretti belum dapat 'lampu hijau'

Oleh Reuters

Paris: Bos Formula Satu (F1), Stefano Domenicali berkata mereka akan mengalu-alukan penyertaan Andretti sebagai pasukan ke-11, tetapi jika ia mempunyai nilai tambahan kepada sukan berkenaan.

Bekas juara dunia Mario Andretti minggu lalu mengumumkan bahawa anaknya Michael membuat permohonan kepada Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) untuk meletakkan pasukan ketiga milik Amerika Syarikat (AS), Andretti Global, pada grid perlumbaan menjelang 2024, bersama-sama dua lagi pasukan Haas dan Williams.

FIA sebagai maklum balas berkata ia tidak berada dalam kedudukan untuk mempertimbangkan minat daripada pasukan baharu dengan sukan itu mengutamakan 10 pasukan sedia ada yang kukuh.

"Saya fikir ia bagus bahawa terdapat minat daripada orang yang ingin menyertai Formula Satu dan nama Andretti sememangnya nama yang hebat dalam sukan permotoran.

"Tetapi terdapat kriteria jelas melalui Perjanjian Concorde yang perlu dipenuhi dan diluluskan," kata bos pasukan Red Bull, Christian Horner pada sidang akhbar

Perjanjian Concorde terkini, yang ditandatangani pada 2020, memperkenalkan had kos dan pengagihan hadiah wang yang lebih adil untuk meletakkan pasukan pada kedudukan kewangan yang mampan.

Disiarkan pada: February 24, 2022 @ 1:42pm
d