Permotoran

Doakan kesihatan isteri Hafizh Syahrin

Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah berdepan ujian apabila isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf yang sedang sarat mengandung anak pertama mereka, disahkan positif Covid-19.

Hafizh menerusi status terbaru di akaun media sosial miliknya memohon kepada peminat agak mendoakan kesihatan isterinya.

"Assalamualaikum guys, mohon doa untuk isteri saya yang baru positif Covid-19 dan mengandung 37 minggu. Semoga semuanya baik-baik untuk mummy dan baby. Esok patutnya baby check up (buat pemeriksaan)," katanya.

Jelas Hafizh yang akan beraksi di Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) pada tahun ini, sebelum ini lima ujian Covid-19 yang dilakukan ke atas isterinya adalah negatif.

"Lima hari dan lima kali buat ujian negatif. Hari ini pergi swab positif pulak dan saya pula negatif.

"Terima kasih semua yang mendoakan isteri saya dan baby. Semoga Allah SWT membalas jasa baik budi anda semua. Amin," katanya.

Hafizh dan Noor Suzana melangsungkan perkahwinan pada Disember 2017.

Disiarkan pada: February 24, 2022 @ 7:31pm
d